Thursday, 22 August 2013

ALVIVIAN - " Islam dihina kerana kelemahan umat Islam sendiri "






Cerita pasangan Alvin dan Vivian laknatullah mempersendakan kemuliaan Ramadhan dan Islam bukanlah suatu cerita baru di negara kita.  Rentetan kes penghinaan agama Islam sebenarnya sudah lama berlaku di negara kita ini .  Namun amatlah malang sekali sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi  tetapi  pada masa yang sama  seakan memandang kurang serius terhadap isu penghinaan  kesucian agama Islam.Kebanyakkan mereka yang pernah menghina dan mempersenda Islam dan Rasulullah S.A.W tidak pernah mendapat hukuman yang setimpalnya akibat kebiadapan perbuatan mereka.  Yang paling memuakkan kita ialah si laknatullah ini semua akan melalui kronologi kisah yang hampir sama.  

    >Bermula dengan penghinaan  kesucian Islam atau mempersenda Rasulullah,
    >mendapat publisiti murahan di akhbar dan media baru
    > menimbulkan kemarahan orang ramai terutama umat Islam
    > NGO pun membuat laporan polis
    > Mereka terbabit dipanggil oleh pihak SKMM atau pihak polis
    > ambil keterangan dan akhirnya isu menjadi sejuk dan senyap.  

Lihat Si Namawee laknatullah (kepala musibat yang memulakan perang saraf ke atas umat Islam di negara kita melalui media baru ) boleh hidup bebas malahan kini mendapat tempat dalam industri filem negara walaupun sebelum ini telah beberapa kali menghina Islam dan lambang negara.   Begitu juga dengan beberapa individu lain yang mempersendakan Islam dan Rasulullah, tidak pernah dibawa ke muka pengadilan.  Apakah berbaloikah kita melepaskan manusia-manusia laknatullah seperti ini tanpa diberi hukuman dan ganjaran yang setimpal agar menjadi pengajaran kepada yang lain. Apakah cukup sekadar manusia-manusia bangsat ini memohon maaf dan merasa kekesalan kerana telah menghina Islam dan kemudian mengharap umat Islam akan melupakan begitu sahaja.  Kelemahan kita yang terlalu baik dan menjaga hati orang lain secara tidak bertempat sebenarnya mengundang lebih ramai laknatullah di luar sana untuk terus berani menghina dan mempersenda kesucian agama Islam.Puak-puak  biadap seperti ini perlu diberi pengajaran yang setimpal.  Seperti  kata Peguam Negara Malaysia dalam temuramah baru-baru ini, telah menyatakan yang  kita sebenarnya mempunyai banyak akta yang boleh digunakan untuk mengheret laknatullah ini ke muka pengadilan.  Sudah sampai masanya bukan pihak pemerintah sahaja mesti bertegas, tetapi kita umat Islam mesti bangun mempertahankan kesucian Islam agar tidak dikotak katikkan .

Sepotong hadith Rasulullah untuk kita berfikir. Hampir sahaja manusia ini akan diserang oleh golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang yang lapar menuju kepada pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat Nabi bertanya, ‘Adakah kami pada ketika itu berada dalam kelompok yang kecil sehingga kami diserang sedemikian rupa?’ Jawab Nabi SAW, ‘Tidak, bahkan kalian ramai jumlahnya tetapi kalian ibarat buih di lautan (tidak bermanfaat). Pada hari itu ALLAH tanggalkan dari hati musuh-musuh ALLAH perasaan hormat kepada kalian dan ALLAH campakkan ke dalam hati kalian penyakit al-wahn.’ Sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahn?’ Kata Nabi, ‘Cintakan dunia dan takut mati.’”(riwayat Abu Dawud)

Itulah kita =(


Berikut ialah respon daripada Mufti dan Bekas pemimpin negara berkenaan isu ini :
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno bahagian Cheras





SAYA tertarik dengan sebuah berita dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (Rabu) mengenai seorang lelaki Kristian yang menghina Islam menerusi mesej yang dihantarnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah Pakistan.Tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000) dalam keputusan yang dibuat Sabtu lalu oleh Mahkamah Sesyen Daerah Toba Tek Singh di wilayah Punjab.Lelaki berkenaan ditahan pada 2011 kerana menghantar mesej kepada ulama Islam yang mengandungi kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW.Apa yang terkesan di hati saya ialah pihak pendakwa masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan keatas Sajad dan akan memfailkan semula di Mahkamah Tinggi bagi meminta hukuman mati dikenakan ke atas tertuduh.Moral berita tersebut sama dengan apa yang berlaku di negara kita yang sekarang ini menjadi kemarahan umat Islam.Sajad, pemuda bukan Islam di Pakistan itu hina Rasulullah manakala pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee berbangsa China  menghina bulan Ramadhan dengan ucapan berpuasa kepada umat Islam di Malaysia sambil  'menikmati sup tulang babi'.Kedua-duanya jelas berniat jahat menghina agama Islam dan sengaja menyakiti hati umat Islam walaupun cara dan kaedahnya berbeza. Bezanya juga , lelaki bukan Islam di Pakistan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Alvin dan Vivian masih lagi dibiarkan bebas berkeliaran dan berseronok.
Pasangan muda itu sebelum ini pernah menggemparkan dunia laman sosial apabila memuat turun adegan porna (seks) mereka menerusi youtube.Perbuatan Alvin dan Vivian menghina Ramadhan, bulan mulia lagi penuh keberkatan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.Di Parlimen, wakil-wakil rakyat sama ada daripada parti pemerintah dan pembangkang turut sepakat mengutuk perbuatan tersebut dan mahu tindakan keras diambil.Semuanya marah, kesal dan mahukan Alvin dan Vivian dikenakan tindakan undang-undang malah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Pathail sendiri memberitahu ada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan.Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang ternyata sedih berhubung isu tersebut meminta kerajaan tidak lagi berlembut menanganinya.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar bawah) pula menegaskan kegagalan kerajaan bertindak tegas akan mengakibatkan rakyat menganggap maruah umat Islam boleh dipermainkan dan Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai.
Manakala saya difahamkam sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.Saya sendiri jadi keliru dalam hal ini kerana pasangan anak muda China itu masih juga bebas.Kalau saranan dan keluhan mufti pun tidak mahu dengar, pandangan siapa lagi yang kita nak pakai ?
Semua orang terutama pihak penguasa undang-undang semuanya bercakap mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap pasangan tersebut, tetapi soalnya bila ?Sehingga ke hari ini saya difahamkan masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.Semalam menerusi laman blog ini, saya katakan bahawa jika ada orang Islam yang tidak berpuasa, masa itu juga akan dikenakan tindakan.Tetapi dalam isu anak muda China ini, agak pelik walaupun media menyiarkan puluhan berita kecewa dan sakit hati orang Islam di atas perbuatan Alvin dan Vivian tetapi tidak ada apa-apa.Justeru, apa maknanya kita marah dan kecewa dengan perbuatan 'gila' pasangan China itu sedangkan mereka pula ketawa sakan  kerana mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang.
Apa guna kita menjerit terlolong kononnya sakit hati apabila agama suci kita, Islam dihina sebegitu rupa sedangkan mereka yang menghinanya bebas lepas.Menteri, wakil rakyat, tokoh korporat, ketua parti, pemandu teksi, guru sekolah, penjual kuih pasar Ramadhan, mat rempit , di masjid, di surau, di pasar malam dan dirumah ketika menunggu waktu berbuka, semuanya marahkan Alvin dan Vivian.Tetapi apa hasilnya, termasuk laporan polis yang dibuat terhadap pasangan biadab tersebut ? Rakyat terutama umat Islam sedikit-sebanyak berasa kecewa dengan 'ketegasan'  undang-undang yang ada.
Pada saya, jika kalangan mufti dan tokoh agama negara kita sudah pun bersuara, sepatutnya Alvin dan Vivian telah dikenakan tindakan undang-undang.Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan kerana ini bukan soal eksploitasi politik tetapi membabitkan maruah dan harga diri umat Islam.Kes seperti ini tidak perlu lagi kepada menerima maaf dan bertolak ansur kerana jiwa dan perasaan orang Islam telah lama terluka !

 



Komen Tun Mahathir - Bodoh tak boleh diajar"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," "Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan,"- Tun Mahathir



sumber : http://dinturtle.blogspot.com/2013/07/komen-tun-mahathir-dalam-isu-pasangan.html


ULASAN DARI SUDUT HAK ASASI MANUSIA

Dalam Perlembagaan Malaysia, Artikel 10 telah menyatakan bahawa :

 "Artikel 10 = iaitu hak kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan "

1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:
(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Dalam kes "ALVIVI" ini, walaupun setiap warganegara diberikan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing, namun masih terdapat batasan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negara demi menjaga kepentingan negara Malaysia kerana sebagaimana kita ketahui, negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum yang berbeza-beza. Asalkan setiap kata-kata yang dilontarkan tidak menganggu sensitiviti kaum dan agama lain, maka ianya dibenarkan. Jadi, demi menjaga negara yang tercinta.

Selain itu, Hadis Rasulullah sendiri banyak mengingatkan umatnya mengenai mulut atau lidah agar kita menjaga tutur kata :

Rasulullah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Manshor ad-Dailami daripada Anas, yang bermaksud  :

          "Barang siapa yang menjaga daripada kejahatan qabqab ( perut), dabdzab (kemaluan) dan laglaq (lidah), maka dia akan terjaga dan terhindar daripada kejahatan seluruhnya" 

Wallahu a'lam..



2 comments:

  1. mereka ini harus dihukum kerana telah melanggar hak-hak agama lain. mereka harus menghormati agama lain terutamanya agama majoriti di negara yang mereka duduki.

    ReplyDelete
  2. Hilang rasa hormat, semua dia nak perlekehkan..

    ReplyDelete