1.0
MAKSUD HAK ASASI MANUSIA
Kamus
Dewan menakrifkan hak asasi sebagai hak yang dasar atau pokok seperti
hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan
lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi
hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi
tafsiran yang lebih luas.
1 Tafsiran
Moden
Di
arena antarabangsa, terdapat 3 dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia
iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa
Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial
dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi
manusia merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak-hak berikut:
(1)
Hak sivil dan politik: Hak kebebasan
bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan,
kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang.
(2)
Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi: Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan
rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat
tinggal serta persekitaran yang selamat.
Ahli
falsafah Barat, Rousseau, telah mengemukakan konsep “Kontrak Sosial” pada tahun
1762. Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli
masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk
mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran
Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden.
Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak
ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia.
2 Perbezaan
Paradigma Dalam Konsep Hak Asasi Manusia
Hak
asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan
negara-negara merdeka di dunia.
Kumpulan
lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European
Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi
dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang
terhadap negara anggota Komuniti Eropah.
Sementara
itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak
Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih
mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi
manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab
tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah
tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan
ummah.
Bagi
tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam
keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara.
Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza
dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.
Perbezaan
dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara
hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang
mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu
pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan
hak ramai daripada hak individu.
3 Perkembangan
Tafsiran Hak Asasi Manusia.
Sejak
pengisytiharannya, Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah dijadikan panduan untuk
lebih banyak lagi piagam hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, konsep hak
asasi manusia telah lama wujud dalam tradisi dan dokumen yang lebih awal. UDHR
sendiri telah digubal berdasarkan dokumen seperti English Magna Carta of
1215, US Bill of Rights of 1776, dan French Declaration of the Rights of
Man and Citizens of 1789.
Lama
sebelum undang-undang dan garis panduan tersebut didokumenkan, masyarakat dan
agama telahpun mengiktiraf hak asasi manusia. Konsep hak asasi manusia boleh
ditemui dalam pemikiran masyarakat feudal, perundangan Rome, falsafah Greek,
Old Testament, dan juga dalam masyarakat primitif, walaupun mungkin mereka
tidak mempunyai perbendaharaan kata atau perkataan yang secara langsung
menggambarkan hak asasi manusia (Alan Gewirth, 1989). Kebanyakkan masyarakat
juga mempunyai tradisi yang mengatakan "Berbuatlah kepada orang lain
sebagaimana anda mahu mereka berbuat kepada anda" dan juga mempunyai
sistem hak dan tanggungjawab.
Hak
asasi manusia sebenarnya menggambarkan toleransi dalam agama yang menjadi asas
keamanan dan kemajuan. Agama secara amnya membincangkan persoalan mengenai
kewajipan, hak dan tanggungjawab setiap manusia. Agama mengajar kita untuk
menyayangi dan menghormati sesama sendiri dan mempertahankan kehormatan orang
lain, yang merupakan asas hak asasi manusia. Contohnya, antara hak-hak yang
diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Oleh Majlis Islam
Sedunia (Universal Islamic Declaration of Human Rights) yang
berteraskan Al-Quran dan Sunnah, dikumpul oleh cendiakawan Islam yang
terkemuka, ialah Hak Untuk Hidup; Kebebasan; Kesamarataan dan Larangan Terhadap
Diskriminasi Yang Tidak Diizinkan; Keadilan; Perbicaraan Yang Adil;
Perlindungan Daripada Penyalahgunaan Kuasa; Perlindungan Daripada Penyeksaan;
Perlindungan Kemuliaan dan Reputasi; Pelarian; Kumpulan Terpinggir; dan
lain-lain.
4
Tafsiran Setiausaha Agung
Hak
asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama
manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling
bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak
asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.
2.0
STRUKTUR HUBUNGAN DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA
Sejak awal abad ke-20, gelombang aspirasi ke arah kebebasan dan kemerdekaan
manusia dari penindasan penjajahan meningkat dan terbuka dengan menggunakan
demokrasi dan hak asasi manusia sebagai alat perjuangan yang efektif . Kemuncak
perjuangan kemanusiaan itu telah menghasilkan perubahan yang sangat luas dan
menyeluruh pada pertengahan abad ke-20 dengan munculnya gelombang ketuanan
sendiri di seluruh dunia dan menyaksikan terbentuknya negara-negara baru yang
merdeka dan berdaulat di seluruh dunia.
Sekarang, perjalanan sejarah manusia telah memasuki abad baru,iaitu abad ke-21.
Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita telah menyaksikan berbagai pergolakan
yang terjadi di mana-mana yang secara dasarnya boleh membawa kepada
ketidakadilan serta ketidakbebasan seperti yang pernah dialami oleh manusia
pada era kolonial.
Kini, hubungan kekuasaan antara negara dan aliran perjuangan di zaman dulu dan
sekarang mengalami perubahan dari segi struktur. Dulu, hubungan antarabangsa
dimainkan oleh kerajaan dan rakyat yang terbahagi kepada hubungan Kerajaan
dengan Kerajaan,dan Rakyat dengan Rakyat. Sekarang, pola hubungan itu berubah menjadi
bervariasi, seperti Kerajaan dengan Rakyat dan sebagainya. Ini adalah
bergantung kepada samada kekuatan
terletak pada institusi
kerajaan atau kekuatan perseorangan rakyat biasa. Bahkan suatu pemerintahan
negara lain dapat bertindak untuk melindungi warganegara dari negara lain atas
nama perlindungan hak asasi manusia (suaka politik).
Masalah
yang kita hadapi ini adalah kerana pemahaman terhadap konsep hak asasi manusia
itu haruslah dilihat dalam konteks ‘relationalistic perspectives of power’ yang
tepat. Bahkan, konsep hubungan kekuasaan itu sendiripun juga mengalami
perubahan berkenaan dengan kenyataan bahwa elemen-elemen kekuasaan itu dewasa
ini tidak saja terikat dengan kedudukan politik malah juga berhubung
rapat dengan kekuasaan pada sumber ekonomi, dan teknologi industri
yang memainkan peranan yang makin penting dewasa ini. Oleh karena
itu, konsep dan prosedur-prosedur hak asasi manusia dewasa ini selain harus
dilihat dalam konteks hubungan kekuasaan politik, juga harus dikaitkan dengan
konteks hubungan kekuasaan ekonomi dan industri.
Konsep dan prosedur hak asasi manusia boleh dikaitkan dengan
persoalan-persoalan:
1.
Struktur kekuasaan dalam
hubungan antara negara yang dewasa ini dapat dikatakan sangat tidak adil, dan
cenderung hanya menguntungkan negara-negara maju ataupun negara-negara yang
menguasai dan mendominasi proses-proses pengambilan keputusan dalam berbagai
forum dan badan-badan internasional, baik yang menyangkut
kepentingan-kepentingan politik maupun kepentingan-kepentingan ekonomi dan
kebudayaan.
2.
Struktur kekuasaan yang tidak demokratis di kalangan
negara-negara yang menerapkan sistem otoritarianisme yang hanya menguntungkan
segelintir kelas penduduk yang berkuasa ataupun kelas penduduk yang menguasai
sumber-sumber ekonomi.
3.
Struktur hubungan kekuasaan yang
tidak seimbang antara pemodal dengan pekerja dan antara pemodal dengan pengguna
dalam bidang perindustrian.
Beberapa faktor yang dapat menyebabkan terjadinya pola hubungan ‘atas-bawah’,
baik pada peringkat tempatan, nasional, maupun global antara lain adalah faktor
kekayaan dan sumber-sumber ekonomi, politik, tingkat pendidikan,
penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi, nama baik, dan kekuatan fizikal,
termasuk kekuatan ketenteraan. Makin banyak faktor-faktor tersebut di
atas dikuasai oleh seseorang, atau sekelompok orang ataupun oleh suatu bangsa,
makin tinggi pula kedudukannya dalam stratifikasi atau peringkat pergaulan
bersama. Di pihak lain, makin tinggi peringkat seseorang, kelompok orang
ataupun suatu bangsa di atas orang lain atau kelompok lain atau bangsa lain,
makin besar pula kekuasaan yang dimilikinya serta makin besar pula potensinya
untuk memperlakukan orang lain itu secara sewenang-wenang demi keuntungannya
sendiri. Dalam hubungan-hubungan yang tidak seimbang antara negara maju dengan
negara membangun, antara suatu pemerintahan dengan rakyatnya, dapat dapat
mencetuskan ketidakadilan yang mendorong munculnya gerakan perjuangan hak asasi
manusia dimana-mana. Karena itu, salah satu aspek penting yang tak dapat
dibuang erkenaan dengan persoalan hak asasi manusia adalah bahwa persoalan ini
berkaitan erat dengan dinamika ‘perjuangan kelas’ (istilah Karl Marx)
yang menuntut keadilan.
3.0
PERKEMBANGAN HAK ASASI MANUSIA
Sering dikemukakan bahawa pengertian konsep hak asasi manusia dalam sejarah
instrument hukum internasional sekurang-kurangnya telah menjangkau perkembangan
tiga generasi. Perkembangan ketiga-tiga generasi konsep hak asasi manusia itu
ialah :
3.1
Generasi Pertama
Pemikiran mengenai konsep hak asasi manusia yang telah lama berkembang dalam
pemikiran para ilmuan sejak era ‘enlightenment’ di Eropah, berubah
menjadi dokumen-dokumen yang rasmi. Kemuncak perkembangan generasi pertama hak
asasi manusia ini adalah dengan temetrainya Universal Declaration of Human
Rights (UDHR) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1948,
dimana sebelumnya idea-idea perlindungan hak asasi manusia diwartakan dalam
deklarasi di beberapa buah Negara, seperti di Amerika Syarikat dengan Declaration
of Independence dan di Perancis dengan Declaration of Rights of Man
and of the Citizens. Dalam perkembangan generasi pertama ini, elemen dasar
konsep hak asasi manusia merangkumi soal prinsip integrasi manusia, keutuhan
dasar manusia dan prinsip kebebasan sivil dan politik.
3.2
Generasi Kedua
Perkembangan selanjutnya yang disebut sebagai hak asasi manusia generasi
kedua, konsep hak asasi manusia merangkumi pula keupayaan untuk mengejar
kemajuan ekonomi, sosial dan kebudayaan, termasuk hak ke atas pendidikan, hak
untuk menentukan status politik dan sebagainya. Kemuncak perkembangan generasi
kedua ini tercapai dengan termetrainya ‘International Couvenant on
Economic, Social and Cultural Rights’ pada tahun 1966
3.3 Generasi
Ketiga
Pada
perkembangan generasi ketiga, muncul konsep baru hak asasi manusia iaitu
merangkumi pengertian mengenai hak untuk pembangunan atau ‘rights to
development’. Hak untuk pembangunan ini merangkumi persamaan hak untuk maju
yang berlaku bagi semua bangsa dan termasuk hak setiap orang yang hidup sebagai
sabahagian dari kehidupan bangsa tersebut. Hak untuk pembangunan ini antara
lain meliputi hak untuk berinteraksi dalam proses pembangunan dan hak untuk
menikmati hasil-hasil pembangunan tersebut, menikmati hasil-hasil dari
perkembangan ekonomi, sosial dan kebudayaan, pendidikan, kesihatan, pendapatan,
peluang pekerjaan dan lain-lain.
3.4 Generasi
Keempat
Konsep
hak asasi manusia yang terakhir inilah yang paling tepat disebut sebagai Konsep
Hak Asasi Manusia Generasi Kedua, kerana sifat hubungan kekuasaan yang
berbeza dari konsep Hak Asasi Manusia sebelumnya. Sifat hubungan kekuasaan
dalam konsep Generasi Pertama bersifat vertikal, sedangkan sifat hubungan
kekuasaan dalam konsep Generasi Kedua bersifat lebih bersifat horizontal.
Dengan demikian, pengertian konsep HAM generasi kedua dan generasi ketiga
sebelumnya adalah perkembangan variasi yang sama dalam perkembangan konsep
Generasi Pertama.
Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita menyakiskan munculnya beberapa fenomena
baru yang tidak pernah ada ataupun kurang mendapat perhatian pada masa-masa
sebelumnya.
1.
Munculnya fenomena monopoli berbagai
syarikat berskala besar dalam suatu negara yang kemudian berkembang
menjadi Multi National Corporations (MNC’s) di seluruh dunia.
Fenomena jaringan kekuasaan MNC ini merangkumi kawasan yang sangat luas,
malahlebih luas dari kekuasaan negara. Apa yang menjadi persoalan adalah
implikasi-implikasi yang ditimbulkan oleh kekuasaan modal yang ada di balik
perusahaan besar itu terhadap kepentingan pengguna produk yang dihasilkannya
.Masalahnya adalah bagaimana hak-hak atau kepentingan-kepentingan pengguna
dapat terus dijamin tanpa mengorbankan kepentingan pengeluar iaitu satu
bahagian penting dalam pengertian hak asasi manusia.
2.
Pada abad ke-20 juga telah muncul
fenomena ‘Nations without State’, seperti bangsa Kurdi yang tersebar di negara
Turki dan Iraq, bangsa Cina Nasionalis yang tersebar dalam jumlah yang sangat
besar di hampir semua negara di dunia; bangsa Persia (Iran), Iraq, dan Bosnia
yang terpaksa berhijrah kerana masalah politik yang mereka hadapi di negera
asal mereka. Persoalan status kewarganegaraan mereka yang berhijrah dapat
diatasi dengan melalui proses undang-undang tertentu yang diwartakan untuk
tujuan ini.
3.
Dari fenomena pertama dan kedua di atas, mulai penghujung abad ke-20 telah pula
berkembang suatu lapisan sosial tertentu dalam setiap masyarakat di
negara-negara yang terlibat aktif dalam pergaulan internasional, iaitu kelompok
orang yang dikenali sebagai ‘global citizens’. Mereka ini mula-mula berjumlah
sedikit dan hanya terdiri dari kalangan diplomatik yang membentuk kelompok
tersendiri. Mereka ini turut membawa bersama keluarga yang akhirnya membentuk
lingkungan masyarakat yang lebih luas. Bagi para pengusaha asing yang
menanamkan modal di berbagai negara, mereka juga membentuk kelas
sosial tersendiri. Dari kedua golongan penghijrah ini maka muncullah fenomena
baru di kalangan banyak warga dunia, meskipun secara rasmi memiliki status
kewarganegaraan tertentu, tetapi aktif ke negara-negara lain seperti ‘global
citizens’ yang bebas bergerak kemana-mana di seluruh dunia.
4.0
Pesuruhjaya Tinggi
Peseruhjaya Tinggi adalah pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang
bertanggungjawab terhadap hak asasi manusia dan berhubung terus dengan
Setiausaha Agung. Jawatan Pesuruhjaya Tinggi ini diwujudkan pada tahun 1993.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) adalah di Palais
Wilson, Jeneva, Switzerland dan juga di ibu pejabat PBB di New York.
Terdapat
pelbagai institusi dan agensi berkenaan sumber manusia. Setiap satunya
mempunyai matlamat untuk mepromosi dan melindungi persetujuan antarbangsa
berkenaan hak asasi manusia – perdagangan, budaya, ekonomi, politik dan social.
Hak-hak ini digazet di dalam Peristiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Setiap orang di dunia adalah sama dan bebas dilindungi oleh deklarasi ini atas
inisiatif PBB.
4.1 Kepimpinan
Pesuruhjaya
Tinggi memimpin pergerakan hak asasi manusia antarabangsa dengan bertindak
sebagai pembela dan jurucakap kepada mangsa. Pesuruhjaya Tinggi akan kerap
membuat kenyataan awam apabila berlaku krisis hak asasi manusia. Beliau juga
akan turun padang untuk melihat mesej hak asasi manusia telah diterima semua
pihak.
4.2 Penekanan
Hak Asasi Manusia Dalam PBB
Pesuruhjaya
Tinggi diberi tugas mengembangkan hak asasi manusia. Ia akan bekerjasama dengan
bahagian-bahagian lain dalam PBB untuk memenuhi matlamat ini dan akan mengambil
bahagian sepenuhnya dalam program PBB seperti keamanan dan keselamatan,
pembangunan koperat, ekonomi dan hal ehwal sosial.
4.3 Perhubungan
Antarabangsa.
Pesuruhjaya Tinggi juga bertanggungjawab membawa bersama-sama pelbagai
institusi dan organisasi bekerja untuk hak asasi manusia seluruh dunia dan akan
menggalakkan mereka berganding dalam memperjuangkan hak asasi
manusia. OHCHR menggalakkan ikatan antara negara,
agama dan kumpulan antarabangsa untuk memastikan perlaksanaan kepada perjuangan
hak manusia akan lebih kukuh. Untuk memantapkan kerjasama ini, OHCHR
sentiasa mengadakan perjanjian dengan mana-mana organisasi, menjemput wakil-wakil
agama dan penasihat.
4.4 Maklumat
Hak Asasi Manusia.
OHCHR menyebarkan maklumat dan mempromosikan pendidikan hak asasi manusia di
seluruh dunia. Bekerja dengan Jabatan Perhubungan Awam PBB, OHCHR akan
memastikan hebahan tentang perjumpaan hak asasi manusia disebarkan pada media.
Ia juga secara objektif boleh didapati dalam laman web termasuk penerangan
terperinci berkenaan hak asasi manusia
5.0
Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB (UDHR).
Peristiwa-peristiwa
politik yang berlaku, contohnya penjajahan orang China di Tibet, perbalahan
etnik di Sri Lanka, dan pengalaman pemerintahan ketenteraan di beberapa negara,
telah menggerakkan perhatian dunia terhadap hak asasi manusia. Perang Dunia ke
II terutamanya, telah membawa hak asasi manusia ke pentas antarabangsa. Cubaan
Nazi dari German untuk menghapuskan semua Yahudi dari Eropah dan membunuh
jutaan yang lain - rakyat Poland, orang gipsi, tahanan perang Soviet, isu
homoseksual, orang-orang cacat fikiran dan cacat fizikal dan musuh politik -
telah mencetuskan kesedaran kepada dunia berkenaan perlindungan hak asasi
manusia.
5.1 Inisiatif
Antarabangsa.
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh kebanyakan negara di dunia telah
mengambil inisiatif untuk berakujanji mempromosi dan menggalakkan rasa
hormat terhadap hak-hak asasi manusia yang dimiliki oleh setiap lelaki, wanita
dan kanak-kanak. Untuk mencapai matlamat tersebut, pertubuhan tersebut telah
menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan
menugaskannya untuk menyediakan deraf dokumen yang menerangkan maksud hak-hak
asas dan kebebasan yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
Pada
10 Disember 1948, perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah
menerimapakai dan mengisytiharkan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat untuk
mempromosikan rasa hormat kepada pelbagai hak-hak asasi manusia, daripada hak
sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.2 Tunggak
Utama
Perisytiharan
Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) diterima pakai oleh Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) ini adalah berasaskan empat tunggak
- kebebasan daripada ketakutan dan kemahuan dan kebebasan bersuara dan
kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil
dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.3 Ringkasan
Perisytiharan
Ringkasan
30 Artikel daripada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat seperti berikut
ini memberikan gambaran keseluruhan tentang prinsip hak-hak dan kebebasan
yang dimiliki oleh setiap orang sejak lahir.
Dua
atikel yang pertama adalah prinsip yang menjadi asas untuk semua hak-hak asasi
manusia. Artikel 3 hingga 21 merangkumi hak-hak sivil dan politik. Artikel 22
hingga 27 merujuk kepada hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. Tiga atikel
yang terakhir pula menyediakan rangka bagi perpaduan yang melindungi hak asasi
manusia sejagat.
5.4 Hak
dan Tanggungjawab
Mengikut
Artikel 29(2) dan 30 dalam UDHR, hak asasi manusia mestilah dilaksanakan dengan
bertanggungjawab. Ini bermaksud hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada
batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang bagi tujuan menjamin
pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan
orang lain; keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan
kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik; tidak ada mana-mana
negara, kumpulan atau perseorangan yang berhak untuk melibatkan diri dalam
apa-apa jua kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan
apa-apa hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam UDHR.
KOMEN SAYA!
Kesimpulannya, terdapat pelbagai deklarasi dan suruhanjaya yang telah ditubuhkan semenjak dahulu lagi untuk membela hak asasi manusia. Namun begitu, walaupun mempunyai undang-undang yang sah samada diperingkat negara ataupun antarabangsa, hak asasi manusia tetap dicabuli secara terang terangan.
No comments:
Post a Comment