Cerita pasangan Alvin
dan Vivian laknatullah mempersendakan kemuliaan Ramadhan dan Islam bukanlah
suatu cerita baru di negara kita. Rentetan kes penghinaan agama Islam
sebenarnya sudah lama berlaku di negara kita ini . Namun amatlah malang
sekali sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi tetapi
pada masa yang sama seakan memandang kurang serius terhadap isu
penghinaan kesucian agama Islam.Kebanyakkan mereka yang pernah menghina
dan mempersenda Islam dan Rasulullah S.A.W tidak pernah mendapat hukuman yang
setimpalnya akibat kebiadapan perbuatan mereka. Yang paling memuakkan
kita ialah si laknatullah ini semua akan melalui kronologi kisah yang hampir
sama.
>Bermula dengan
penghinaan kesucian Islam atau mempersenda Rasulullah,
>mendapat publisiti
murahan di akhbar dan media baru
> menimbulkan
kemarahan orang ramai terutama umat Islam
> NGO pun membuat
laporan polis
> Mereka terbabit
dipanggil oleh pihak SKMM atau pihak polis
> ambil keterangan
dan akhirnya isu menjadi sejuk dan senyap.
Lihat Si Namawee
laknatullah (kepala musibat yang memulakan perang saraf ke atas umat Islam di
negara kita melalui media baru ) boleh hidup bebas malahan kini mendapat tempat
dalam industri filem negara walaupun sebelum ini telah beberapa kali menghina
Islam dan lambang negara. Begitu juga dengan beberapa individu lain
yang mempersendakan Islam dan Rasulullah, tidak pernah dibawa ke muka
pengadilan. Apakah berbaloikah kita melepaskan manusia-manusia
laknatullah seperti ini tanpa diberi hukuman dan ganjaran yang setimpal agar
menjadi pengajaran kepada yang lain. Apakah cukup sekadar manusia-manusia
bangsat ini memohon maaf dan merasa kekesalan kerana telah menghina Islam dan
kemudian mengharap umat Islam akan melupakan begitu sahaja. Kelemahan
kita yang terlalu baik dan menjaga hati orang lain secara tidak bertempat
sebenarnya mengundang lebih ramai laknatullah di luar sana untuk terus berani
menghina dan mempersenda kesucian agama Islam.Puak-puak biadap seperti
ini perlu diberi pengajaran yang setimpal. Seperti kata Peguam
Negara Malaysia dalam temuramah baru-baru ini, telah menyatakan yang kita
sebenarnya mempunyai banyak akta yang boleh digunakan untuk mengheret
laknatullah ini ke muka pengadilan. Sudah sampai masanya bukan pihak pemerintah
sahaja mesti bertegas, tetapi kita umat Islam mesti bangun mempertahankan
kesucian Islam agar tidak dikotak katikkan .
Sepotong hadith
Rasulullah untuk kita berfikir. Hampir sahaja manusia ini akan diserang oleh
golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang yang lapar menuju kepada
pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat Nabi bertanya, ‘Adakah kami pada
ketika itu berada dalam kelompok yang kecil sehingga kami diserang sedemikian
rupa?’ Jawab Nabi SAW, ‘Tidak, bahkan kalian ramai jumlahnya tetapi kalian
ibarat buih di lautan (tidak bermanfaat). Pada hari itu ALLAH tanggalkan dari
hati musuh-musuh ALLAH perasaan hormat kepada kalian dan ALLAH campakkan ke dalam
hati kalian penyakit al-wahn.’ Sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahn?’ Kata
Nabi, ‘Cintakan dunia dan takut mati.’”(riwayat Abu Dawud)
Itulah kita =(
Berikut
ialah respon daripada Mufti dan Bekas pemimpin negara berkenaan isu ini :
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno bahagian Cheras
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno bahagian Cheras
SAYA tertarik
dengan sebuah berita dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (Rabu)
mengenai seorang lelaki Kristian yang menghina Islam menerusi mesej yang
dihantarnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah
Pakistan.Tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee
(RM6,000) dalam keputusan yang dibuat Sabtu lalu oleh Mahkamah Sesyen Daerah
Toba Tek Singh di wilayah Punjab.Lelaki berkenaan ditahan pada 2011 kerana
menghantar mesej kepada ulama Islam yang mengandungi kenyataan yang menghina
Nabi Muhammad SAW.Apa yang terkesan di hati saya ialah pihak pendakwa masih
tidak berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan keatas Sajad dan akan
memfailkan semula di Mahkamah Tinggi bagi meminta hukuman mati dikenakan ke
atas tertuduh.Moral berita tersebut sama dengan apa yang berlaku di negara kita
yang sekarang ini menjadi kemarahan umat Islam.Sajad, pemuda bukan Islam di
Pakistan itu hina Rasulullah manakala pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee
berbangsa China menghina bulan Ramadhan dengan ucapan berpuasa kepada
umat Islam di Malaysia sambil 'menikmati sup tulang babi'.Kedua-duanya
jelas berniat jahat menghina agama Islam dan sengaja menyakiti hati umat Islam
walaupun cara dan kaedahnya berbeza. Bezanya juga , lelaki bukan Islam di
Pakistan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Alvin dan
Vivian masih lagi dibiarkan bebas berkeliaran dan berseronok.
Pasangan muda itu
sebelum ini pernah menggemparkan dunia laman sosial apabila memuat turun adegan
porna (seks) mereka menerusi youtube.Perbuatan Alvin dan Vivian menghina
Ramadhan, bulan mulia lagi penuh keberkatan menimbulkan kemarahan umat Islam di
negara ini.Di Parlimen, wakil-wakil rakyat sama ada daripada parti pemerintah
dan pembangkang turut sepakat mengutuk perbuatan tersebut dan mahu tindakan
keras diambil.Semuanya marah, kesal dan mahukan Alvin dan Vivian dikenakan
tindakan undang-undang malah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Pathail sendiri
memberitahu ada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan.Mufti Kelantan,
Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang ternyata sedih berhubung isu tersebut meminta
kerajaan tidak lagi berlembut menanganinya.Mufti Perak, Tan Sri Harussani
Zakaria (gambar bawah) pula menegaskan kegagalan kerajaan bertindak tegas
akan mengakibatkan rakyat menganggap maruah umat Islam boleh dipermainkan dan
Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai.
Manakala saya difahamkam sehingga ke
hari ini masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa
ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.Saya sendiri jadi keliru dalam hal
ini kerana pasangan anak muda China itu masih juga bebas.Kalau saranan dan
keluhan mufti pun tidak mahu dengar, pandangan siapa lagi yang kita nak pakai
?
Semua orang terutama pihak penguasa undang-undang semuanya bercakap mengenai tindakan
yang boleh diambil terhadap pasangan tersebut, tetapi soalnya bila ?Sehingga ke
hari ini saya difahamkan masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh
pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.Semalam menerusi
laman blog ini, saya katakan bahawa jika ada orang Islam yang tidak berpuasa,
masa itu juga akan dikenakan tindakan.Tetapi dalam isu anak muda China ini,
agak pelik walaupun media menyiarkan puluhan berita kecewa dan sakit hati orang
Islam di atas perbuatan Alvin dan Vivian tetapi tidak ada apa-apa.Justeru, apa
maknanya kita marah dan kecewa dengan perbuatan 'gila' pasangan China itu
sedangkan mereka pula ketawa sakan kerana mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang.
Apa
guna kita menjerit terlolong kononnya sakit hati apabila agama suci kita, Islam
dihina sebegitu rupa sedangkan mereka yang menghinanya bebas lepas.Menteri,
wakil rakyat, tokoh korporat, ketua parti, pemandu teksi, guru sekolah, penjual
kuih pasar Ramadhan, mat rempit , di masjid, di surau, di pasar malam dan
dirumah ketika menunggu waktu berbuka, semuanya marahkan Alvin dan
Vivian.Tetapi apa hasilnya, termasuk laporan polis yang dibuat terhadap
pasangan biadab tersebut ? Rakyat terutama umat Islam sedikit-sebanyak
berasa kecewa dengan 'ketegasan' undang-undang yang ada.
Pada saya, jika
kalangan mufti dan tokoh agama negara kita sudah pun bersuara, sepatutnya Alvin
dan Vivian telah dikenakan tindakan undang-undang.Perbuatan mereka tidak boleh
dimaafkan kerana ini bukan soal eksploitasi politik tetapi membabitkan maruah
dan harga diri umat Islam.Kes seperti ini tidak perlu lagi kepada menerima maaf
dan bertolak ansur kerana jiwa dan perasaan orang Islam telah lama terluka !
Komen
Tun Mahathir - Bodoh tak boleh diajar"Kata benda-benda yang menyakitkan
hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang
tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," "Jika tidak boleh
dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat
undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan,"- Tun Mahathir
sumber : http://dinturtle.blogspot.com/2013/07/komen-tun-mahathir-dalam-isu-pasangan.html
sumber : http://dinturtle.blogspot.com/2013/07/komen-tun-mahathir-dalam-isu-pasangan.html
ULASAN DARI SUDUT HAK ASASI MANUSIA
Dalam
Perlembagaan Malaysia, Artikel 10 telah menyatakan bahawa :
"Artikel 10 = iaitu hak kebebasan
bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan "
1)
Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);
(a)
tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b)
semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak
bersenjata;
(c)
semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;
(2)
Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:
(a)
ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan
yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,
ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau
mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah,
fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
(b)
ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;
(c)
ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3)
Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c)
Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau
pelajaran.
(4)
Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen
boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara,
hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang
ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan
181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya
sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
Dalam
kes "ALVIVI" ini, walaupun setiap warganegara diberikan kebebasan
untuk bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing, namun masih terdapat
batasan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negara demi menjaga kepentingan
negara Malaysia kerana sebagaimana kita ketahui, negara kita terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama dan kaum yang berbeza-beza. Asalkan setiap kata-kata
yang dilontarkan tidak menganggu sensitiviti kaum dan agama lain, maka ianya
dibenarkan. Jadi, demi menjaga negara yang tercinta.
Selain
itu, Hadis Rasulullah sendiri banyak mengingatkan umatnya mengenai mulut atau
lidah agar kita menjaga tutur kata :
Rasulullah
bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Manshor ad-Dailami daripada Anas,
yang bermaksud :
"Barang siapa yang menjaga daripada
kejahatan qabqab ( perut), dabdzab (kemaluan) dan laglaq
(lidah), maka dia akan terjaga dan terhindar daripada kejahatan
seluruhnya"
Wallahu
a'lam..



mereka ini harus dihukum kerana telah melanggar hak-hak agama lain. mereka harus menghormati agama lain terutamanya agama majoriti di negara yang mereka duduki.
ReplyDeleteHilang rasa hormat, semua dia nak perlekehkan..
ReplyDelete