SEJARAH
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah organisasi
antarabangsa yang dianggotai oleh negara negara di seluruh dunia. Pertubuhan
ini dibentuk pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, California sebagai lanjutan
kepada Dumbarton Oaks Conference di Washington DC.
Perhimpunan Agong yang pertama yang disertai oleh 51 negara yang diadakan pada
10 Januari 1946 di Church House, London. Dari 1919 hingga 1946, satu persatuan
yang sama diwujudkan yang dikenali sebagai Liga Bangsa-Bangsa. Persatuan ini
boleh dianggap sebagai permulaan kepada PBB. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
dibuka kepada semua negara yang menginginkan keamanan dan menerima piagam PBB.
Perhimpunan Agong diadakan untuk menerima penyertaan anggota baru yang telah
dicadangkan oleh Majlis Keselamatan PBB. Pada April 2004, sebanyak 191 negara
telah menyertai pertubuhan ini.
Nama
"Bangsa-bangsa Bersatu", telah dicetuskan oleh Presiden Amerika
Syarikat Franklin D. Roosevelt, telah digunakan untuk pertama kalinya dalam
"Deklarasi oleh Bangsa-bangsa Bersatu" pada 1 Januari 1942, semasa
Perang Dunia Kedua, apabila wakil-wakil dari 26 negara berikrar untuk negara
masing-masing untuk terus bersama-sama menentang Kuasa Paksi.
Negara-negara
mula-mula menubuhkan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk bekerjasama dalam
perkara-perkara tertentu. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa yang ditubuhkan
dalam tahun 1865 sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa, dan Kesatuan Pos
Sejagat telah ditubuhkan dalam tahun 1874. Kedua-dua organisasi itu sekarang
adalah agensi-agensi istimewa dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dalam tahun 1899, Persidangan Keamanan Antarabangsa (International Peace Conference) telah diadakan di Den Hague, Belanda untuk memperkemas institusi-institusi untuk menyelesaikan krisis secara aman, menyekat peperangan dan menggubal peraturan-peraturan peperangan.

Perhimpunan
itu menyetujui Peraturan Penyelesaian Aman Untuk Persengketaan Antarabangsa
(Convention for the Pacific Settlement of International Disputes) dan
menubuhkan Mahkamah Arbitrasi Tetap yang mula dibuka pada tahun 1902.
Pendahulu
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah Liga Negara-negara, sebuah organisasi
yang dicetuskan dibawah keadaan yang sama semasa Perang Dunia Pertama, dan
ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah Perjanjian Versailles "untuk
mempromosikan kerjasama antarabangsa dan untuk mencapai keamanan dan
keselamatan." Organisasi Buruh Antarabangsa juga ditubuhkan dibawah
Perjanjian Versailles sebagai sebuah ajensi gabungan Liga itu. Liga
Negara-negara menghentikan aktiviti-aktiviti nya selepas gagal untuk menyekat
Perang Dunia Kedua.
Dalam tahun 1945, wakil-wakil dari 50 negara-negara berhimpun di San Francisco di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Organisasi Antarabangsa untuk membuat Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Delegasi-delegasi pula berbincang mengenai cadangan-cadangan yang diajukan oleh wakil-wakil Cina, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Syarikatdi Dumbarton Oaks, Amerika Syarikat dalam bulan August-October 1944. Piagam itu ditandatangani pada 26 hb Jun 1945 oleh wakil-wakil dari 50 negara-negara itu. Poland, yang tidak menghantar wakil pada Perhimpunan, menandatanganinya kemudian dan menjadi salah satu dari 51 Negara Ahli asal. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu secara rasmi tertubuh pada 24 Oktober 1945, apabila Piagamnya diluluskan oleh Cina, Perancis, Kesatuan Soviet, United Kingdom, Amerika Syarikat dan majoriti negara-negara yang telah menandatangani Piagam itu. Ini adalah ringkasan sejarah rasmi bagaimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terwujud.

KOMEN SAYA
Secara peribadinya apa yang saya lihat sekarang PBB seolah-olah hilang
kuasanya kerana walaupun telah mengarahkan agar kekejaman dihentikan, keganasan
tetap terjadi. Contohnya, di Palestin kekejaman zionis tetap berleluasa. PBB
seakan-akan hanya menjadi barang mainan pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab.

No comments:
Post a Comment