Thursday, 22 August 2013

ALVIVIAN - " Islam dihina kerana kelemahan umat Islam sendiri "






Cerita pasangan Alvin dan Vivian laknatullah mempersendakan kemuliaan Ramadhan dan Islam bukanlah suatu cerita baru di negara kita.  Rentetan kes penghinaan agama Islam sebenarnya sudah lama berlaku di negara kita ini .  Namun amatlah malang sekali sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi  tetapi  pada masa yang sama  seakan memandang kurang serius terhadap isu penghinaan  kesucian agama Islam.Kebanyakkan mereka yang pernah menghina dan mempersenda Islam dan Rasulullah S.A.W tidak pernah mendapat hukuman yang setimpalnya akibat kebiadapan perbuatan mereka.  Yang paling memuakkan kita ialah si laknatullah ini semua akan melalui kronologi kisah yang hampir sama.  

    >Bermula dengan penghinaan  kesucian Islam atau mempersenda Rasulullah,
    >mendapat publisiti murahan di akhbar dan media baru
    > menimbulkan kemarahan orang ramai terutama umat Islam
    > NGO pun membuat laporan polis
    > Mereka terbabit dipanggil oleh pihak SKMM atau pihak polis
    > ambil keterangan dan akhirnya isu menjadi sejuk dan senyap.  

Lihat Si Namawee laknatullah (kepala musibat yang memulakan perang saraf ke atas umat Islam di negara kita melalui media baru ) boleh hidup bebas malahan kini mendapat tempat dalam industri filem negara walaupun sebelum ini telah beberapa kali menghina Islam dan lambang negara.   Begitu juga dengan beberapa individu lain yang mempersendakan Islam dan Rasulullah, tidak pernah dibawa ke muka pengadilan.  Apakah berbaloikah kita melepaskan manusia-manusia laknatullah seperti ini tanpa diberi hukuman dan ganjaran yang setimpal agar menjadi pengajaran kepada yang lain. Apakah cukup sekadar manusia-manusia bangsat ini memohon maaf dan merasa kekesalan kerana telah menghina Islam dan kemudian mengharap umat Islam akan melupakan begitu sahaja.  Kelemahan kita yang terlalu baik dan menjaga hati orang lain secara tidak bertempat sebenarnya mengundang lebih ramai laknatullah di luar sana untuk terus berani menghina dan mempersenda kesucian agama Islam.Puak-puak  biadap seperti ini perlu diberi pengajaran yang setimpal.  Seperti  kata Peguam Negara Malaysia dalam temuramah baru-baru ini, telah menyatakan yang  kita sebenarnya mempunyai banyak akta yang boleh digunakan untuk mengheret laknatullah ini ke muka pengadilan.  Sudah sampai masanya bukan pihak pemerintah sahaja mesti bertegas, tetapi kita umat Islam mesti bangun mempertahankan kesucian Islam agar tidak dikotak katikkan .

Sepotong hadith Rasulullah untuk kita berfikir. Hampir sahaja manusia ini akan diserang oleh golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang yang lapar menuju kepada pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat Nabi bertanya, ‘Adakah kami pada ketika itu berada dalam kelompok yang kecil sehingga kami diserang sedemikian rupa?’ Jawab Nabi SAW, ‘Tidak, bahkan kalian ramai jumlahnya tetapi kalian ibarat buih di lautan (tidak bermanfaat). Pada hari itu ALLAH tanggalkan dari hati musuh-musuh ALLAH perasaan hormat kepada kalian dan ALLAH campakkan ke dalam hati kalian penyakit al-wahn.’ Sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahn?’ Kata Nabi, ‘Cintakan dunia dan takut mati.’”(riwayat Abu Dawud)

Itulah kita =(


Berikut ialah respon daripada Mufti dan Bekas pemimpin negara berkenaan isu ini :
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno bahagian Cheras





SAYA tertarik dengan sebuah berita dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (Rabu) mengenai seorang lelaki Kristian yang menghina Islam menerusi mesej yang dihantarnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah Pakistan.Tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000) dalam keputusan yang dibuat Sabtu lalu oleh Mahkamah Sesyen Daerah Toba Tek Singh di wilayah Punjab.Lelaki berkenaan ditahan pada 2011 kerana menghantar mesej kepada ulama Islam yang mengandungi kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW.Apa yang terkesan di hati saya ialah pihak pendakwa masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan keatas Sajad dan akan memfailkan semula di Mahkamah Tinggi bagi meminta hukuman mati dikenakan ke atas tertuduh.Moral berita tersebut sama dengan apa yang berlaku di negara kita yang sekarang ini menjadi kemarahan umat Islam.Sajad, pemuda bukan Islam di Pakistan itu hina Rasulullah manakala pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee berbangsa China  menghina bulan Ramadhan dengan ucapan berpuasa kepada umat Islam di Malaysia sambil  'menikmati sup tulang babi'.Kedua-duanya jelas berniat jahat menghina agama Islam dan sengaja menyakiti hati umat Islam walaupun cara dan kaedahnya berbeza. Bezanya juga , lelaki bukan Islam di Pakistan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Alvin dan Vivian masih lagi dibiarkan bebas berkeliaran dan berseronok.
Pasangan muda itu sebelum ini pernah menggemparkan dunia laman sosial apabila memuat turun adegan porna (seks) mereka menerusi youtube.Perbuatan Alvin dan Vivian menghina Ramadhan, bulan mulia lagi penuh keberkatan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.Di Parlimen, wakil-wakil rakyat sama ada daripada parti pemerintah dan pembangkang turut sepakat mengutuk perbuatan tersebut dan mahu tindakan keras diambil.Semuanya marah, kesal dan mahukan Alvin dan Vivian dikenakan tindakan undang-undang malah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Pathail sendiri memberitahu ada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan.Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang ternyata sedih berhubung isu tersebut meminta kerajaan tidak lagi berlembut menanganinya.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar bawah) pula menegaskan kegagalan kerajaan bertindak tegas akan mengakibatkan rakyat menganggap maruah umat Islam boleh dipermainkan dan Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai.
Manakala saya difahamkam sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.Saya sendiri jadi keliru dalam hal ini kerana pasangan anak muda China itu masih juga bebas.Kalau saranan dan keluhan mufti pun tidak mahu dengar, pandangan siapa lagi yang kita nak pakai ?
Semua orang terutama pihak penguasa undang-undang semuanya bercakap mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap pasangan tersebut, tetapi soalnya bila ?Sehingga ke hari ini saya difahamkan masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.Semalam menerusi laman blog ini, saya katakan bahawa jika ada orang Islam yang tidak berpuasa, masa itu juga akan dikenakan tindakan.Tetapi dalam isu anak muda China ini, agak pelik walaupun media menyiarkan puluhan berita kecewa dan sakit hati orang Islam di atas perbuatan Alvin dan Vivian tetapi tidak ada apa-apa.Justeru, apa maknanya kita marah dan kecewa dengan perbuatan 'gila' pasangan China itu sedangkan mereka pula ketawa sakan  kerana mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang.
Apa guna kita menjerit terlolong kononnya sakit hati apabila agama suci kita, Islam dihina sebegitu rupa sedangkan mereka yang menghinanya bebas lepas.Menteri, wakil rakyat, tokoh korporat, ketua parti, pemandu teksi, guru sekolah, penjual kuih pasar Ramadhan, mat rempit , di masjid, di surau, di pasar malam dan dirumah ketika menunggu waktu berbuka, semuanya marahkan Alvin dan Vivian.Tetapi apa hasilnya, termasuk laporan polis yang dibuat terhadap pasangan biadab tersebut ? Rakyat terutama umat Islam sedikit-sebanyak berasa kecewa dengan 'ketegasan'  undang-undang yang ada.
Pada saya, jika kalangan mufti dan tokoh agama negara kita sudah pun bersuara, sepatutnya Alvin dan Vivian telah dikenakan tindakan undang-undang.Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan kerana ini bukan soal eksploitasi politik tetapi membabitkan maruah dan harga diri umat Islam.Kes seperti ini tidak perlu lagi kepada menerima maaf dan bertolak ansur kerana jiwa dan perasaan orang Islam telah lama terluka !

 



Komen Tun Mahathir - Bodoh tak boleh diajar"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," "Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan,"- Tun Mahathir



sumber : http://dinturtle.blogspot.com/2013/07/komen-tun-mahathir-dalam-isu-pasangan.html


ULASAN DARI SUDUT HAK ASASI MANUSIA

Dalam Perlembagaan Malaysia, Artikel 10 telah menyatakan bahawa :

 "Artikel 10 = iaitu hak kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan "

1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:
(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Dalam kes "ALVIVI" ini, walaupun setiap warganegara diberikan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing, namun masih terdapat batasan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negara demi menjaga kepentingan negara Malaysia kerana sebagaimana kita ketahui, negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum yang berbeza-beza. Asalkan setiap kata-kata yang dilontarkan tidak menganggu sensitiviti kaum dan agama lain, maka ianya dibenarkan. Jadi, demi menjaga negara yang tercinta.

Selain itu, Hadis Rasulullah sendiri banyak mengingatkan umatnya mengenai mulut atau lidah agar kita menjaga tutur kata :

Rasulullah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Manshor ad-Dailami daripada Anas, yang bermaksud  :

          "Barang siapa yang menjaga daripada kejahatan qabqab ( perut), dabdzab (kemaluan) dan laglaq (lidah), maka dia akan terjaga dan terhindar daripada kejahatan seluruhnya" 

Wallahu a'lam..



Saturday, 17 August 2013

Mesir Kini!



Ya Allah, luluh rasa hati ini tatkala melihat saudara seagama diperlakukan sebegini. Seolah-olah kasih sayang telah lenyap di muka bumi Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Kau berikan lah mereka kekuatan untuk menempuh ujian dariMu ini. Semoga keamanan dan kasih sayang akan kembali lagi. Amin Ya Rabb.

Marilah kita bersama-sama membantu dan doakan mereka. Moga itu dapat menjadi hujah kita di akhirat kelak. InsyaAllah
"Allahumma munzilal kitab wa mujriyas sahab wa hazamal ahzab, ihzimhum wansyurnaa ' alaihim (Ya Allah, yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami mengalahkan mereka ) "

Freedom-Maher Zain

            

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you..
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you


p/s : Lirik lagu ni sangat menyentuh hati saya. Dapat rasakan, semua insan mendambakan kehidupan yang aman damai dengan penuh kasih sayang. Walaupun mereka jauh beribu batu daripada kita, hanya doa dan usaha yang tidak seberapa mampu dititipkan buat saudara di sana. Amin

Wednesday, 14 August 2013

KENALI SUHAKAM!




SEJARAH SUHAKAM 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato' Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003.

Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.

Sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Musa telah mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1994 bahawa inilah masa terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas.

Beberapa faktor telah mendorong cadangan ini: semakin meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara; penglibatan aktif Malaysia dalam sistem Bangsa-Bangsa Bersatu; suasana dan kepekaan politik di samping kemajuan yang dicapai masyarakatnya. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, tujuh negara Asia, termasuk dua dari ASEAN - Indonesia dan Filipina – sudahpun menubuhkan institusi hak asasi kebangsaan masing-masing, manakala Thailand pula sedang membuat persiapan untuk mengambil langkah yang sama.

Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-Undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang Undang-Undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992  yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga kepada pengalaman institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya dirantau Asia Pasifik.

Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan. Pelantikan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Meskipun Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, keputusan dibuat bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan.

Untuk membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan.

SUHAKAM memulakan operasinya di sebuah kabin kontena di Kementerian Luar Negeri sebagai pejabat sementara. Suruhanjaya akhirnya menyewa premis sendiri di Tingkat 29 dan 30 di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan berpindah kesana pada 24 November 2000. Bangunan itu dipilih kerana lokasinya di tengah-tengah bandaraya dan mudah pula dikunjungi oleh orang awam.
Pada Januari 2011, Suruhanjaya telah berpindah ke premis baru di tingkat 10, 11, 12 dan 13 di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

FUNGSI & KUASA

Fungsi

SUHAKAM  ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan".

Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:

1.     Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
2.     Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
3.     Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
4.     Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.

Kuasa

Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:

1.        Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
2.     Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
3.     Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
4.     Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
5.     Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
6.     Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.





Jom Kenali PBB !















SEJARAH 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh negara negara di seluruh dunia. Pertubuhan ini dibentuk pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, California sebagai lanjutan kepada Dumbarton Oaks Conference di Washington DC. Perhimpunan Agong yang pertama yang disertai oleh 51 negara yang diadakan pada 10 Januari 1946 di Church House, London. Dari 1919 hingga 1946, satu persatuan yang sama diwujudkan yang dikenali sebagai Liga Bangsa-Bangsa. Persatuan ini boleh dianggap sebagai permulaan kepada PBB. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibuka kepada semua negara yang menginginkan keamanan dan menerima piagam PBB. Perhimpunan Agong diadakan untuk menerima penyertaan anggota baru yang telah dicadangkan oleh Majlis Keselamatan PBB. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.

           Nama "Bangsa-bangsa Bersatu", telah dicetuskan oleh Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt, telah digunakan untuk pertama kalinya dalam "Deklarasi oleh Bangsa-bangsa Bersatu" pada 1 Januari 1942, semasa Perang Dunia Kedua, apabila wakil-wakil dari 26 negara berikrar untuk negara masing-masing untuk terus bersama-sama menentang Kuasa Paksi.
Negara-negara mula-mula menubuhkan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk bekerjasama dalam perkara-perkara tertentu. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa yang ditubuhkan dalam tahun 1865 sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa, dan Kesatuan Pos Sejagat telah ditubuhkan dalam tahun 1874.  Kedua-dua organisasi itu sekarang adalah agensi-agensi istimewa dibawah  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

            Dalam tahun 1899,  Persidangan Keamanan Antarabangsa (International Peace Conference) telah diadakan di Den Hague, Belanda untuk memperkemas institusi-institusi untuk menyelesaikan krisis secara aman, menyekat peperangan dan menggubal peraturan-peraturan peperangan.
Perhimpunan itu menyetujui Peraturan Penyelesaian Aman Untuk Persengketaan Antarabangsa (Convention for the Pacific Settlement of International Disputes) dan menubuhkan Mahkamah Arbitrasi Tetap yang mula dibuka pada tahun 1902.
             
 Pendahulu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah Liga Negara-negara, sebuah organisasi yang dicetuskan dibawah keadaan yang sama semasa Perang Dunia Pertama, dan ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah Perjanjian Versailles "untuk mempromosikan kerjasama antarabangsa dan untuk mencapai keamanan dan keselamatan."  Organisasi Buruh Antarabangsa juga ditubuhkan dibawah Perjanjian Versailles sebagai sebuah ajensi gabungan Liga itu.  Liga Negara-negara menghentikan aktiviti-aktiviti nya selepas gagal untuk menyekat Perang Dunia Kedua.

            Dalam tahun 1945, wakil-wakil dari 50 negara-negara berhimpun di San Francisco di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Organisasi Antarabangsa untuk membuat Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Delegasi-delegasi pula berbincang mengenai cadangan-cadangan yang diajukan oleh wakil-wakil  Cina, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Syarikatdi Dumbarton Oaks, Amerika Syarikat dalam bulan August-October 1944.  Piagam itu ditandatangani pada 26 hb Jun 1945 oleh wakil-wakil dari 50 negara-negara itu. Poland, yang tidak menghantar wakil pada Perhimpunan, menandatanganinya kemudian dan menjadi salah satu dari 51 Negara Ahli asal.  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu secara rasmi tertubuh pada 24 Oktober 1945, apabila Piagamnya diluluskan oleh Cina, Perancis, Kesatuan Soviet, United Kingdom, Amerika Syarikat dan majoriti negara-negara yang telah menandatangani Piagam itu.   Ini adalah ringkasan sejarah rasmi bagaimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terwujud.

KOMEN SAYA

Secara peribadinya apa yang saya lihat sekarang PBB seolah-olah hilang kuasanya kerana walaupun telah mengarahkan agar kekejaman dihentikan, keganasan tetap terjadi. Contohnya, di Palestin kekejaman zionis tetap berleluasa. PBB seakan-akan hanya menjadi barang mainan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 






Apa Itu Hak Asasi Manusia ??

1.0    MAKSUD HAK ASASI MANUSIA         
                                               
Kamus Dewan menakrifkan hak asasi sebagai hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.

 1       Tafsiran Moden
Di arena antarabangsa, terdapat 3 dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak-hak berikut:

(1)        Hak sivil dan politik: Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang.
(2)        Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi: Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat.

Ahli falsafah Barat, Rousseau, telah mengemukakan konsep “Kontrak Sosial” pada tahun 1762.  Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia.

 2       Perbezaan Paradigma Dalam Konsep Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.

Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.

Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.

Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.

3       Perkembangan Tafsiran Hak Asasi  Manusia.

Sejak pengisytiharannya, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah dijadikan panduan untuk lebih banyak lagi piagam hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, konsep hak asasi manusia telah lama wujud dalam tradisi dan dokumen yang lebih awal. UDHR sendiri telah digubal berdasarkan dokumen seperti English Magna Carta of 1215, US Bill of Rights of 1776, dan French Declaration of the Rights of Man and Citizens of 1789.

Lama sebelum undang-undang dan garis panduan tersebut didokumenkan, masyarakat dan agama telahpun mengiktiraf hak asasi manusia. Konsep hak asasi manusia boleh ditemui dalam pemikiran masyarakat feudal, perundangan Rome, falsafah Greek, Old Testament, dan juga dalam masyarakat primitif, walaupun mungkin mereka tidak mempunyai perbendaharaan kata atau perkataan yang secara langsung menggambarkan hak asasi manusia (Alan Gewirth, 1989). Kebanyakkan masyarakat juga mempunyai tradisi yang mengatakan "Berbuatlah kepada orang lain sebagaimana anda mahu mereka berbuat kepada anda" dan juga mempunyai sistem hak dan tanggungjawab.

Hak asasi manusia sebenarnya menggambarkan toleransi dalam agama yang menjadi asas keamanan dan kemajuan. Agama secara amnya membincangkan persoalan mengenai kewajipan, hak dan tanggungjawab setiap manusia. Agama mengajar kita untuk menyayangi dan menghormati sesama sendiri dan mempertahankan kehormatan orang lain, yang merupakan asas hak asasi manusia. Contohnya, antara hak-hak yang diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Oleh Majlis Islam Sedunia (Universal Islamic Declaration of Human Rights) yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah, dikumpul oleh cendiakawan Islam yang terkemuka, ialah Hak Untuk Hidup; Kebebasan; Kesamarataan dan Larangan Terhadap Diskriminasi Yang Tidak Diizinkan; Keadilan; Perbicaraan Yang Adil; Perlindungan Daripada Penyalahgunaan Kuasa; Perlindungan Daripada Penyeksaan; Perlindungan Kemuliaan dan Reputasi; Pelarian; Kumpulan Terpinggir; dan lain-lain.

4       Tafsiran Setiausaha Agung

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.  


2.0  STRUKTUR HUBUNGAN DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA

            Sejak awal abad ke-20, gelombang aspirasi ke arah kebebasan dan kemerdekaan manusia dari penindasan penjajahan meningkat dan terbuka dengan menggunakan demokrasi dan hak asasi manusia sebagai alat perjuangan yang efektif . Kemuncak perjuangan kemanusiaan itu telah menghasilkan perubahan yang sangat luas dan menyeluruh pada pertengahan abad ke-20 dengan munculnya gelombang ketuanan sendiri di seluruh dunia dan menyaksikan terbentuknya negara-negara baru yang merdeka dan berdaulat di seluruh dunia.

            Sekarang, perjalanan sejarah manusia telah memasuki abad baru,iaitu abad ke-21. Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita telah menyaksikan berbagai pergolakan yang terjadi di mana-mana yang secara dasarnya boleh membawa kepada ketidakadilan serta ketidakbebasan seperti yang pernah dialami oleh manusia pada era kolonial. 
           
            Kini, hubungan kekuasaan antara negara dan aliran perjuangan di zaman dulu dan sekarang mengalami perubahan dari segi struktur. Dulu, hubungan antarabangsa dimainkan oleh kerajaan dan rakyat yang terbahagi kepada hubungan Kerajaan dengan Kerajaan,dan Rakyat dengan Rakyat. Sekarang, pola hubungan itu berubah menjadi bervariasi, seperti Kerajaan dengan Rakyat dan sebagainya. Ini adalah bergantung kepada samada kekuatan terletak         pada institusi kerajaan atau kekuatan perseorangan rakyat biasa. Bahkan suatu pemerintahan negara lain dapat bertindak untuk melindungi warganegara dari negara lain atas nama perlindungan hak asasi manusia (suaka politik).

Masalah yang kita hadapi ini adalah kerana pemahaman terhadap konsep hak asasi manusia itu haruslah dilihat dalam konteks ‘relationalistic perspectives of power’ yang tepat. Bahkan, konsep hubungan kekuasaan itu sendiripun juga mengalami perubahan berkenaan dengan kenyataan bahwa elemen-elemen kekuasaan itu dewasa ini tidak saja terikat dengan kedudukan politik malah juga berhubung rapat  dengan kekuasaan pada sumber ekonomi, dan teknologi industri yang  memainkan  peranan yang makin penting dewasa ini. Oleh karena itu, konsep dan prosedur-prosedur hak asasi manusia dewasa ini selain harus dilihat dalam konteks hubungan kekuasaan politik, juga harus dikaitkan dengan konteks hubungan kekuasaan ekonomi dan industri.
           
            Konsep dan prosedur hak asasi manusia boleh dikaitkan dengan persoalan-persoalan:

1.          Struktur kekuasaan dalam hubungan antara negara yang dewasa ini dapat dikatakan sangat tidak adil, dan cenderung hanya menguntungkan negara-negara maju ataupun negara-negara yang menguasai dan mendominasi proses-proses pengambilan keputusan dalam berbagai forum dan badan-badan internasional, baik yang menyangkut kepentingan-kepentingan politik maupun kepentingan-kepentingan ekonomi dan kebudayaan.

2.        Struktur kekuasaan yang tidak demokratis di kalangan negara-negara yang menerapkan sistem otoritarianisme yang hanya menguntungkan segelintir kelas penduduk yang berkuasa ataupun kelas penduduk yang menguasai sumber-sumber ekonomi.

3.         Struktur hubungan kekuasaan yang tidak seimbang antara pemodal dengan pekerja dan antara pemodal dengan pengguna dalam bidang perindustrian.

            Beberapa faktor yang dapat menyebabkan terjadinya pola hubungan ‘atas-bawah’, baik pada peringkat tempatan, nasional, maupun global antara lain adalah faktor kekayaan dan sumber-sumber ekonomi,  politik, tingkat pendidikan, penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi, nama baik, dan kekuatan fizikal, termasuk  kekuatan ketenteraan. Makin banyak faktor-faktor tersebut di atas dikuasai oleh seseorang, atau sekelompok orang ataupun oleh suatu bangsa, makin tinggi pula kedudukannya dalam stratifikasi atau peringkat pergaulan bersama. Di pihak lain, makin tinggi peringkat seseorang, kelompok orang ataupun suatu bangsa di atas orang lain atau kelompok lain atau bangsa lain, makin besar pula kekuasaan yang dimilikinya serta makin besar pula potensinya untuk memperlakukan orang lain itu secara sewenang-wenang demi keuntungannya sendiri. Dalam hubungan-hubungan yang tidak seimbang antara negara maju dengan negara membangun, antara suatu pemerintahan dengan rakyatnya, dapat dapat mencetuskan ketidakadilan yang mendorong munculnya gerakan perjuangan hak asasi manusia dimana-mana. Karena itu, salah satu aspek penting yang tak dapat dibuang erkenaan dengan persoalan hak asasi manusia adalah bahwa persoalan ini berkaitan erat dengan dinamika ‘perjuangan kelas’ (istilah Karl Marx) yang menuntut keadilan.


3.0       PERKEMBANGAN HAK ASASI MANUSIA

            Sering dikemukakan bahawa pengertian konsep hak asasi manusia dalam sejarah instrument hukum internasional sekurang-kurangnya telah menjangkau perkembangan tiga generasi. Perkembangan ketiga-tiga generasi konsep hak asasi manusia itu ialah :

3.1       Generasi Pertama

            Pemikiran mengenai konsep hak asasi manusia yang telah lama berkembang dalam pemikiran para ilmuan sejak era ‘enlightenment’ di Eropah, berubah menjadi dokumen-dokumen yang rasmi. Kemuncak perkembangan generasi pertama hak asasi manusia ini adalah dengan temetrainya Universal Declaration of Human Rights (UDHR) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1948, dimana sebelumnya idea-idea perlindungan hak asasi manusia diwartakan dalam deklarasi di beberapa buah Negara, seperti di Amerika Syarikat dengan Declaration of Independence dan di Perancis dengan Declaration of Rights of Man and of the Citizens. Dalam perkembangan generasi pertama ini, elemen dasar konsep hak asasi manusia merangkumi soal prinsip integrasi manusia, keutuhan dasar manusia dan prinsip kebebasan sivil dan politik.

3.2       Generasi Kedua

            Perkembangan selanjutnya yang  disebut sebagai hak asasi manusia generasi kedua, konsep hak asasi manusia merangkumi pula keupayaan untuk mengejar kemajuan ekonomi, sosial dan kebudayaan, termasuk hak ke atas pendidikan, hak untuk menentukan status politik dan sebagainya. Kemuncak perkembangan generasi kedua ini tercapai dengan termetrainya ‘International Couvenant  on Economic, Social and Cultural Rights’ pada tahun 1966

 3.3       Generasi Ketiga

           
Pada  perkembangan generasi ketiga, muncul konsep baru hak asasi manusia iaitu merangkumi pengertian mengenai hak untuk pembangunan atau ‘rights to development’. Hak untuk pembangunan ini merangkumi persamaan hak untuk maju yang berlaku bagi semua bangsa dan termasuk hak setiap orang yang hidup sebagai sabahagian dari kehidupan bangsa tersebut. Hak untuk pembangunan ini antara lain meliputi hak untuk berinteraksi dalam proses pembangunan dan hak untuk menikmati hasil-hasil pembangunan tersebut, menikmati hasil-hasil dari perkembangan ekonomi, sosial dan kebudayaan, pendidikan, kesihatan, pendapatan, peluang pekerjaan dan lain-lain.   
   
3.4       Generasi Keempat

Konsep hak asasi manusia yang terakhir inilah yang paling tepat disebut sebagai Konsep Hak Asasi Manusia Generasi Kedua, kerana sifat hubungan kekuasaan yang  berbeza dari konsep Hak Asasi Manusia sebelumnya. Sifat hubungan kekuasaan dalam konsep Generasi Pertama bersifat vertikal, sedangkan sifat hubungan kekuasaan dalam konsep Generasi Kedua bersifat lebih bersifat horizontal. Dengan demikian, pengertian konsep HAM generasi kedua dan generasi ketiga sebelumnya adalah perkembangan variasi yang sama dalam perkembangan konsep Generasi Pertama.
            Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita menyakiskan munculnya beberapa fenomena baru yang tidak pernah ada ataupun kurang mendapat perhatian pada masa-masa sebelumnya.

1.         Munculnya fenomena monopoli berbagai syarikat berskala besar dalam suatu negara yang kemudian berkembang menjadi Multi National Corporations (MNC’s) di seluruh dunia. Fenomena jaringan kekuasaan MNC ini merangkumi kawasan yang sangat luas, malahlebih luas dari  kekuasaan negara. Apa yang menjadi persoalan adalah implikasi-implikasi yang ditimbulkan oleh kekuasaan modal yang ada di balik perusahaan besar itu terhadap kepentingan pengguna produk yang dihasilkannya .Masalahnya adalah bagaimana hak-hak atau kepentingan-kepentingan pengguna dapat terus dijamin tanpa mengorbankan kepentingan pengeluar iaitu satu bahagian penting dalam pengertian hak asasi manusia.

2.         Pada abad ke-20 juga telah muncul fenomena ‘Nations without State’, seperti bangsa Kurdi yang tersebar di negara Turki dan Iraq, bangsa Cina Nasionalis yang tersebar dalam jumlah yang sangat besar di hampir semua negara di dunia; bangsa Persia (Iran), Iraq, dan Bosnia yang terpaksa berhijrah kerana masalah politik yang mereka hadapi di negera asal mereka. Persoalan status kewarganegaraan mereka yang berhijrah dapat diatasi dengan melalui proses undang-undang tertentu yang diwartakan untuk tujuan ini.

3.         Dari fenomena pertama dan kedua di atas, mulai penghujung abad ke-20 telah pula berkembang suatu lapisan sosial tertentu dalam setiap masyarakat di negara-negara yang terlibat aktif dalam pergaulan internasional, iaitu kelompok orang yang dikenali sebagai ‘global citizens’. Mereka ini mula-mula berjumlah sedikit dan hanya terdiri dari kalangan diplomatik yang membentuk kelompok tersendiri. Mereka ini turut membawa bersama keluarga yang akhirnya membentuk lingkungan masyarakat yang lebih luas. Bagi para pengusaha asing yang menanamkan modal  di berbagai negara,  mereka juga membentuk kelas sosial tersendiri. Dari kedua golongan penghijrah ini maka muncullah fenomena baru di kalangan banyak warga dunia, meskipun secara rasmi memiliki status kewarganegaraan tertentu, tetapi aktif ke negara-negara lain seperti ‘global citizens’ yang bebas bergerak kemana-mana di seluruh dunia.

4.0       Pesuruhjaya Tinggi

            Peseruhjaya Tinggi adalah pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bertanggungjawab terhadap hak asasi manusia dan berhubung terus dengan Setiausaha Agung. Jawatan Pesuruhjaya Tinggi ini diwujudkan pada tahun 1993. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) adalah di Palais Wilson, Jeneva, Switzerland dan juga di ibu pejabat PBB di New York.
           
Terdapat pelbagai institusi dan agensi berkenaan sumber manusia. Setiap satunya mempunyai matlamat untuk mepromosi dan melindungi persetujuan antarbangsa berkenaan hak asasi manusia – perdagangan, budaya, ekonomi, politik dan social. Hak-hak ini digazet di dalam Peristiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Setiap orang di dunia adalah sama dan bebas dilindungi oleh deklarasi ini atas inisiatif PBB.

4.1       Kepimpinan
           
Pesuruhjaya Tinggi memimpin pergerakan hak asasi manusia antarabangsa dengan bertindak sebagai pembela dan jurucakap kepada mangsa. Pesuruhjaya Tinggi akan kerap membuat kenyataan awam apabila berlaku krisis hak asasi manusia. Beliau juga akan turun padang untuk melihat mesej hak asasi manusia telah diterima semua pihak.

4.2       Penekanan Hak Asasi Manusia Dalam PBB     

Pesuruhjaya Tinggi diberi tugas mengembangkan hak asasi manusia. Ia akan bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain dalam PBB untuk memenuhi matlamat ini dan akan mengambil bahagian sepenuhnya dalam program PBB seperti keamanan dan keselamatan, pembangunan koperat, ekonomi dan hal ehwal sosial.

4.3       Perhubungan Antarabangsa.

            Pesuruhjaya Tinggi juga bertanggungjawab membawa bersama-sama pelbagai institusi dan organisasi bekerja untuk hak asasi manusia seluruh dunia dan akan menggalakkan mereka berganding dalam memperjuangkan hak asasi manusia.      OHCHR menggalakkan ikatan antara negara, agama dan kumpulan antarabangsa untuk memastikan perlaksanaan kepada perjuangan hak manusia akan lebih kukuh. Untuk memantapkan kerjasama ini, OHCHR  sentiasa mengadakan perjanjian dengan mana-mana organisasi, menjemput wakil-wakil agama dan penasihat.       

4.4       Maklumat Hak Asasi Manusia.

            OHCHR menyebarkan maklumat dan mempromosikan pendidikan hak asasi manusia di seluruh dunia. Bekerja dengan Jabatan Perhubungan Awam PBB, OHCHR akan memastikan hebahan tentang perjumpaan hak asasi manusia disebarkan pada media. Ia juga secara objektif boleh didapati dalam laman web termasuk penerangan terperinci berkenaan hak asasi manusia

5.0       Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB (UDHR).

Peristiwa-peristiwa politik yang berlaku, contohnya penjajahan orang China di Tibet, perbalahan etnik di Sri Lanka, dan pengalaman pemerintahan ketenteraan di beberapa negara, telah menggerakkan perhatian dunia terhadap hak asasi manusia. Perang Dunia ke II terutamanya, telah membawa hak asasi manusia ke pentas antarabangsa. Cubaan Nazi dari German untuk menghapuskan semua Yahudi dari Eropah dan membunuh jutaan yang lain - rakyat Poland, orang gipsi, tahanan perang Soviet, isu homoseksual, orang-orang cacat fikiran dan cacat fizikal dan musuh politik - telah mencetuskan kesedaran kepada dunia berkenaan perlindungan hak asasi manusia.
                                  
5.1       Inisiatif Antarabangsa.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh kebanyakan negara di dunia telah mengambil inisiatif untuk  berakujanji mempromosi dan menggalakkan rasa hormat terhadap hak-hak asasi manusia yang dimiliki oleh setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak. Untuk mencapai matlamat tersebut, pertubuhan tersebut telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan menugaskannya untuk menyediakan deraf dokumen yang menerangkan maksud hak-hak asas dan kebebasan yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada 10 Disember 1948, perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menerimapakai dan mengisytiharkan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat untuk mempromosikan rasa hormat kepada pelbagai hak-hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.2       Tunggak Utama
Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) ini adalah  berasaskan empat tunggak - kebebasan daripada ketakutan dan kemahuan dan kebebasan bersuara dan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.
5.3       Ringkasan Perisytiharan
Ringkasan 30 Artikel daripada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat seperti berikut ini  memberikan gambaran keseluruhan tentang prinsip hak-hak dan kebebasan yang dimiliki oleh setiap orang sejak lahir.
Dua atikel yang pertama adalah prinsip yang menjadi asas untuk semua hak-hak asasi manusia. Artikel 3 hingga 21 merangkumi hak-hak sivil dan politik. Artikel 22 hingga 27 merujuk kepada hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. Tiga atikel yang terakhir pula menyediakan rangka bagi perpaduan yang melindungi hak asasi manusia sejagat.
5.4       Hak dan Tanggungjawab
Mengikut Artikel 29(2) dan 30 dalam UDHR, hak asasi manusia mestilah dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ini bermaksud hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain; keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik; tidak ada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangan yang berhak untuk melibatkan diri dalam apa-apa jua kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam UDHR.

KOMEN SAYA!
Kesimpulannya, terdapat pelbagai deklarasi dan suruhanjaya yang telah ditubuhkan semenjak dahulu lagi untuk membela hak asasi manusia. Namun begitu, walaupun mempunyai undang-undang yang sah samada diperingkat negara ataupun antarabangsa, hak asasi manusia tetap dicabuli secara terang terangan.

               2)   http://azlanz.b.tripod.com/alone/oleh.htm